clixsense

Thursday, September 8, 2016

Sejarah Bank Negara OPR Malaysia BNM Naik Turun. Apa Ulasan Kali Ini? Ramalan Akan Datang?

Sejarah Bank Negara OPR Malaysia BNM Naik Turun. Apa Ulasan Kali Ini? Ramalan Akan Datang?
Tiada siapa yang ada bola kristal yang boleh memberikan ramalan secara tepat apa tindakan yang diambil oleh Bank Negara Malaysia BNM bagi dasar monetari negara samada Bank negara OPR naik atau turun.
Masakan tidak, tindakan BNM turun Bank Negara OPR telah mengejutkan penganalisis ekonomi Malaysia dan juga pakar ekonomi luar juga. Lain yang mereka jangkakan, lain pula yang berlaku.
Ini kerana ramai melihatkan tindakan Bank Negara Malaysia pada masa itu adalah langkah awal bagi mengekang kesan besar disebalik isu Brexit yang melihat Britain telah bertindak drastik keluar dari Kesatuan Eropah EU.
Dan semalam baru sahaja, BNM umumkan yang mana OPR Malaysia kekal. Walaubagaimanapun, pakar ekonomi menjangkakan OPR Malaysia akan turun sekali lagi pada mesyuarat dasar monetari pada November 2016 ini. Samada betul atau tidak, sama-sama kita nantikan.

Sejarah Bank Negara OPR Malaysia Dari 2010 Hingga 2016

TahunKadar Faedah Semalaman OPRStatus
Mac 20102.25Naik
Mei 20102.50Naik
Julai 20102.75Naik
Mei 20113.00Naik
Julai 20143.25Naik
Julai 20163.00Turun
September 20163.00Kekal
November 2016NantikanNantikan

Berita Semasa kongsikan alasan dan analisa yang mereka campakkan kepada anda semua punca kenapa dan sebab Bank negara OPR Malaysia turun dalam masa terdekat ini.
No.Nama Pakar EkonomiJawatanSyarikat/AgensiHuraiannya
1.Lim Su SianAhli EkonomiHSBC BankEkonomi Malaysia bergerak perlahan pada ketika ini; termasuk juga pertumbuhan pinjaman walaupun inflasi Malaysia masih lagi rendah. Katanya lagi melihatkan situasi sekarang; pemotongan tidak boleh dielakkan jikalau pada mesyuarat Julai 2016 tidak dilakukan
2.Dr Kamarudin Mohd NorKetua EkonomiMIDF Amanah Investment BankMelihatkan statistik data termasuk Pertumbuhan ekonomi yang serdahana; kadar pengangguran; perbelanjaan kerajaan Malaysia; jumlah simpanan atau deposit; nilai pelaburan yang mula menurun. Selain itu; nilai ringgit Malaysia yang lemah juga antara faktor. Tidak cukup dengan itu ekonomi dunia yang lemah beri kesan kepada Malaysia.
3.Datuk Dr Nazri KhanKetua Penyelidik RuncitAffin Hwang Investment BankTindakan umum Bank negara OPR Malaysia adalah bertujuan untuk rangsang kembali ekonomi Malaysia sepertimana mana dilakukan oleh bank pusat yang lain
5.Tamara hendersonPakar EkonomiBloombergBeliau jangka ekonomi Malaysia akan berada pada kadar 4 peratus sahaja tahun ini; paling lemah sejak tahun 2002. Dan; Malaysia satu-satunya negara dalam Asean yang mengalami penurunan dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku kedua tahun 2016 ini di mana ekonomi Singapore stabil; manakala ekonomi negara ASEAN lain semakin menguat

Pakar ekonomi dalam dan luar mengatakan tiada alasan lagi Bank Negara Malaysia BNM untuk menunggu terlalu lama bertindak, tetapi kuasa dasar monetari di tangan mereka sekarang.