clixsense

Thursday, September 1, 2016

Hartanah Malaysia Terus Lembap. RM9.4 bilion Tidak Terjual. Majoritinya RM500 Ribu ke Atas

Skrip dan ceritanya boleh dikatakan 60-70 peratus hampir sama dengan krisis subprima di Amerika Syarikat.
Kalangan kapitalis menawarkan kemudahan dan bantuan supaya membolehkan kalangan rakyat Malaysia yang “tidak berapa mampu” beli rumah sendiri pada harga apa yang diletakkan oleh pemaju, menjadi milik mereka akhirnya.
“Terima kasih” kepada bantuan seperti di bawah ini kepada kalangan pelabur hartanah Malaysia. Antaranya:
  1. Developer Interest Bearing Scheme DIBS telah beri talian hayat sementara untuk tidak bayar “progress interest”
  2. Tiada sekatan bilangan unit untuk Pinjaman perumahan bagi mendapatkan kelulusan 90 peratus hingga 100 peratus
  3. Orang asing boleh sesuka hati beli rumah mampu milik sehingga RM 1 juta
  4. Pengumuman Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan paras harga mampu milik dari RM250,000 kepada RM400,000 sehingga menjadi harga tersebut perkara biasa hari ini
Itu semua lauk pauk yang digodak bersama menjadikan ia satu resipi menjadikan majoriti harga rumah di Malaysia tidak mampu milik. Walaupun sedikit terlambat, tindakan drastik oleh Bank Negara Malaysia BNM mengelakkan ia menjadi bertambah buruk.
Hari ini kita sudah boleh melihat sendiri pasaran hartanah malaysia sudah mula kelihatan memihak kepada rakyat Malaysia berbanding kepada kalangan pemain dan pemaju hartanah antara tahun 2009 hingg 2013.
Buktinya, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta JPPH aka NAPIC telah mengeluarkan statistik terkini mengenai pasaran hartanah Malaysia :
BilPerkara
1.Bilangan unit hartanah Malaysia tidak terjual naik kepada 16 peratus
2.18908 daripada 81894 unit hartanah berupa unit rumah dan komersial untuk suku pertama tahun 2016 ini tidak mampu terjual lagi
3.Nilainya adalah bersamaan RM9.4 bilion
4.Daripada jumlah tersebut 11542 rumah adalah ber ada lingkungan harga antara RM500 ribu sehingga RM1 juta

Sentimen dikalangan pelabur dan pembeli untuk pasaran hartanah di Malaysia boleh dikatakan lemah pada ketika ini. Tetapi biasalah pelabur tidak akan sama sekali mengatakan begitu bagi mengekalkan sentimen dan momentum yang ada. Ditambah dengan lambakan yang menganggur dan kena buang kerja memburukkan lagi keadaan.

Nah, cara bagaimana mereka mahu jual unit hartanah yang tidak terjual ini, mudah cara. Dengar dan ikut kehendak permintaan rakyat marhaen. Mereka mahukan lebih banyak rumah mampu milik.