clixsense

Thursday, September 15, 2016

Bajet 2017 GST Malaysia Kurang Kepada 5 Peratus Jika Mahu Lonjak Perbelanjaan Domestik!


Pakar Ekonomi dari Alliance Bank Monakaran Mottain mengatakan perbelanjaan dikalangan rakyat Malaysia akan terus melemah disebalik data yang menunjukkan perbelanjaan domestik terus menguncup, ditambah dengan kadar GDP di Malaysia terus menurun selepas ini.
Kerajaan Malaysia mestilah berbuat sesuatu. Dan Monakaran Mottain menjangkakan yang pada pembentangan Bajet 2017 akan melihatkan beberapa “booster” yang boleh memberikan sedikit sebanyak impak kepada perbelanjaan domestik dikalangan anda semua di sini.
Kementerian Kewangan Malaysia MOF mengatakan Bajet 2017 Malaysia kali ini mahu tumpukan isu kenaikan kos sara hidup di Malaysia. Dan Monakaran Mottain berharap sangat agar kerajaan malaysia kurangkan kadar GST di Malaysia daripada 6 peratus kepada 5 peratus sekurang-kurang 12 bulan mendatang. Sepertimana yang kerajaan Malaysia pernah lakukan sebelum ini terhadap kadar caruman KWSP. Kenapa kerajaan Malaysia bertindak sebegitu?
Semua ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehan kalangan rakyat Malaysia untuk terus berbelanja. Apakah anda bersetuju dengan cadangan Monakaran Mottain untuk pembentangan Bajet 2017 kali ini supaya kadar GST di Malaysia dikurangkan? Bagaimana GST telah berikan impak dan kesan kepada perbelanjaan hari ini anda hari ini?
P/S : Sama-sama kita imbas semula bagaimana keyakinan tinggi seorang ahli politik dan pemimpin terhadap impak dan kesan GST terhadap penurunan harga di Malaysia melalui perkongsian video di bawah ini :