Baru-baru ini Khazanah Research Institute yang telah dikepalai Mohamed Abdul Khalid telah mengeluarkan dan berkongsi kajian dan dapatannya mengenai kenaikan gaji di Malaysia.
Apa yang beliau katakan di sini, kenaikan gaji di Malaysia tidaklah “fantastik” seperti yang aman diharapkan ramai.
Tahun lepas kenaikan gaji di Malaysia bagi tahun 2015 secara puratanya adalah sekitar 6.5 peratus iaitu RM1600 berbanding RM1500 tahun 2014. Bermaksud berlaku kenaikan RM100 setiap bulan.
Dalam pada masa yang sama inflasi di Malaysia adalah sekitar 4 peratus Maknanya masih ada lebihan di situ walaupun menyakitkan. Tetapi…..
Tetapi….jikalau diperinci data kajian yang sedia ada oleh Khazanah Research Institute untuk negeri seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang kenaikan gaji di KL dan Pulau Pinang, 2 buah negaria boleh dikatakan “ZERO”. Ya…anda tidak tersalah baca. Mengapa? Nah…ini sebabnya :
- Antara 2014 hingga 2015 separuh daripada pekerja pada 2 buah negeri ini didaftarkan dalam kajian KRI sebagai pertumbuhan dan kenaikan gaji di KL dan Pulau Pinang yang dianggap “ZERO” dan ada yang tergelincir ke paras “NEGATIF”.
- Kenaikan kos pengangkutan, harga makanan naik, subsidi di malaysia satu demi satu dihapuskan termasuk subsidi tepung, beras, lonjakan harga rumah dan lain-lain lagi.
Jikalau pertumbuhan dan kenaikan gaji di KL dan Pulau Pinang adalah “ZERO”, apa yang mereka boleh belanjakan? Sedangkan enjin utama untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah terdorong faktor antaranya perbelanjaan swasta dan perbelanjaan awam. Bertambah teruk lagi apabila hutang isi rumah kita sudah mencecah paras hidung 89.1 peratus.
Jikalau sebelum ini kalangan yang tidak cukup wang, masih ada ruang berbelanja dengan berhutang dengan melakukan pinjaman peribadi, menggunakan kad kredit.
Sekarang, tahap pinjaman isi rumah di Malaysia sudah mencapai tahap sesak. Jadi apa lagi kelompok dan golongan ini boleh belanjakan?
