clixsense

Friday, September 16, 2016

Uber vs Grab: Which one is more lucrative as a part-time job in Malaysia?

“I love to spend some me-time on the road while being stuck in traffic,” said no one ever.

Based on a recent survey by GlobalWebIndex, 55% of the 1,050 Malaysians polled, said they spend more time in traffic congestions compared to last year.

This makes any convenient, safe and affordable public transportation a boon for Malaysians, because no one wants to be behind the wheel, bumper-to-bumper, every single day. So, what better way to earn some cash offering a service that most Malaysians need?

With Uber and Grab launched in Malaysia in recent years, Malaysians can now make use of these platforms to earn some extra cash.

You need not quit your job to work as Uber or GrabCar drivers, however, with limited time on your hand, you will need to figure out which company pays you more for your time.

GrabCar Economy also has additional terms such as driver cancellation rate not more than 12%. However, bookings cancelled by passengers will not affect weekly driver cancellation rate. The trips calculated for incentive is only based on the weekly unique passenger count.

Yes, there seems to be quite a lot of terms and conditions to contend to for both Uber and GrabCar. The clear difference we can see is UberX incentivise by the hour, while GrabCar Economy goes by the trip/job.


The significant difference between GrabCar and Uber is, Uber incentivise its drivers based on hours, while GrabCar incentivise based on unique trips, which makes the incentive more attractive. To make the most out of the incentive structure, GrabCar drivers can pick up more short trips to make more incentive.


The other factors

iMoney has always advocated value. The same goes to your side-income gig.
If by earning an additional RM50 you get more headaches, it’s simply not worth your trouble. Therefore, instead of just evaluating the money you can potentially earn, you should also consider the other factors that come with driving people around with both Uber and Grab.


Passenger rating

Sometimes we meet bad drivers, while other times we meet terrible passengers. This goes both ways, and Uber recognises this. To protect its drivers, the app allows both passengers and drivers to rate each other.

Grab, on the other hand, only allows passengers to rate the drivers. Uber drivers can view the rating of a passenger before deciding to accept the job.


Destinations

One downside to Uber is, its drivers are unable to view the destination before accepting a job. This makes it hard for drivers to plan their trips and earnings when they are online.

Unlike Uber, Grab gives you the destination of your passenger, so you will be able to gauge the estimated fares, and also avoid destinations that you are uncomfortable going to. This can give you a clearer idea on the driving strategy.

With today’s high cost of living, every Ringgit counts. To keep up with a comfortable lifestyle, you may need a source of extra income, and driving for Uber and Grab may be your answer to that.

Other than analysing the earnings schedule and rates, it also pays to balance whether the earnings will cover all your petrol and car maintenance cost at the end of the day.

Fares and incentives for both platforms change periodically, and you may need to reconsider which platform to drive for in order to make the most of your time.

Thursday, September 15, 2016

Bajet 2017 GST Malaysia Kurang Kepada 5 Peratus Jika Mahu Lonjak Perbelanjaan Domestik!


Pakar Ekonomi dari Alliance Bank Monakaran Mottain mengatakan perbelanjaan dikalangan rakyat Malaysia akan terus melemah disebalik data yang menunjukkan perbelanjaan domestik terus menguncup, ditambah dengan kadar GDP di Malaysia terus menurun selepas ini.
Kerajaan Malaysia mestilah berbuat sesuatu. Dan Monakaran Mottain menjangkakan yang pada pembentangan Bajet 2017 akan melihatkan beberapa “booster” yang boleh memberikan sedikit sebanyak impak kepada perbelanjaan domestik dikalangan anda semua di sini.
Kementerian Kewangan Malaysia MOF mengatakan Bajet 2017 Malaysia kali ini mahu tumpukan isu kenaikan kos sara hidup di Malaysia. Dan Monakaran Mottain berharap sangat agar kerajaan malaysia kurangkan kadar GST di Malaysia daripada 6 peratus kepada 5 peratus sekurang-kurang 12 bulan mendatang. Sepertimana yang kerajaan Malaysia pernah lakukan sebelum ini terhadap kadar caruman KWSP. Kenapa kerajaan Malaysia bertindak sebegitu?
Semua ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehan kalangan rakyat Malaysia untuk terus berbelanja. Apakah anda bersetuju dengan cadangan Monakaran Mottain untuk pembentangan Bajet 2017 kali ini supaya kadar GST di Malaysia dikurangkan? Bagaimana GST telah berikan impak dan kesan kepada perbelanjaan hari ini anda hari ini?
P/S : Sama-sama kita imbas semula bagaimana keyakinan tinggi seorang ahli politik dan pemimpin terhadap impak dan kesan GST terhadap penurunan harga di Malaysia melalui perkongsian video di bawah ini :

Wednesday, September 14, 2016

Pemaju Hartanah Beri Pinjaman Perumahan 12 Hingga 18 Peratus? Impak Mereka Dapat Lesen?


Pada ketika Noh Omar begitu yakin dengan idea bernasnya untuk menghalalkan lesen pemberi wang berlesen kepada pemaju hartanah aka developer ini di bawah kuasa KPKT tanpa pengetahuan kabinet Malaysia, pakar ekonomi tersenyum sinis mendengar dan meneliti sebegini rupa keluar dari mulut seorang menteri.
Fungsi kerajaan Malaysia adalah mengawal selia pengurusan kerajaan dan kebajikan rakyat Malaysia tanpa memberikan bencana kepada rakyat marhaen.

Senarai Reaksi Pakar Ekonomi Dengan Isu Pemaju hartanah Beri Pinjaman Perumahan?

No.NamaJawatanAgensiPenjelasan dan Huraiannya
1.Monakaran MottainKetua EkonomiAlliance BankBagaimana boleh pemaju mengambilalih peranan bank dalam menyediakan aktiviti dan kemudahan kewangan. Pinjaman yang bakal diberikan pemaju tidak termasuk dalam data hutang isi rumah di malaysia. Jadi; bagaimana Bank Negara BNM mahu kawal dasar kewangan di Malaysia dengan efektif kelak? Sekarang ini pun hutang isi rumah di Malaysia sudah cukup tinggi. Bertambah buruk lagi; cadangan ini bakal menyebabkan "property bubble di Malaysia"
2.Dr Muhammad Abdul KhalidPengarahKhazanah Research Institute's ResearchCadangan ini berisiko cipta krisis subprima seperti berlaku di Amerika Syarikat. Nak tolong pembeli rumah; bukan mudahkan mereka buat pinjaman perumahan; tetapi buatkan harga rumah turun.
3.Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah Malaysia--Gelembung pasaran hartanah akan berlaku di Malaysia.
4.Dr Yeah Kim LengBekas Ketua EkonomiRAM Holdings BerhadPemaju hartanah bakal berhadapan dengan pembeli yang tidak cekap dan lalai bayar hutang dan pengurusan kewangan untuk satu industri yang tidak pemaju hartanah tidak pengalaman dan kepakaran menanganinya. Ini boleh membawa Malaysia ke arah krisis hartanah dan kewangan.
5.Siva ShankerKetua PelaburanAxis REIT Managers BerhadEkonomi Malaysia bakal berhadapan tempoh mengerikan jikalau kerajaan melaksanakan cadangan ini.
Orang yang berkemampuan atau kaya layak beli rumah dengan bank pada kadar 4 hingga 5 peratus tetapi yang tidak berkemampuan terpaksa memilih tawaran pinjaman perumahan antara 12 hingga 18 peratus. Ini tidak adil. Nak jadi kerajaan, mesti tolong semua.
Nak tolong rakyat beli rumah boleh dibuat dengan melaksanakan sekatan termasuk jual rumah dalam tempoh 5 tahun pertama supaya membolehkan bekalan rumah baru masuk dalam pasaran hartanah tanpa menyebabkan lonjakan mendadak pada harga rumah di malaysia.
P/S : Lebih baik diam daripada berkata-kata yang menyusahkan dan memudaratkan orang ramai. Ataupun berfikir dahulu sebelum berbicara.
PP/S : Sebelum ini kita menjadi penonton kepada filem “Krisis Subprima di Amerika Syarikat”, mengapa kita sanggup serah diri menjadi pelakon dan mangsa untuk filem sebegitu rupa di Malaysia?

Thursday, September 8, 2016

Sejarah Bank Negara OPR Malaysia BNM Naik Turun. Apa Ulasan Kali Ini? Ramalan Akan Datang?

Sejarah Bank Negara OPR Malaysia BNM Naik Turun. Apa Ulasan Kali Ini? Ramalan Akan Datang?
Tiada siapa yang ada bola kristal yang boleh memberikan ramalan secara tepat apa tindakan yang diambil oleh Bank Negara Malaysia BNM bagi dasar monetari negara samada Bank negara OPR naik atau turun.
Masakan tidak, tindakan BNM turun Bank Negara OPR telah mengejutkan penganalisis ekonomi Malaysia dan juga pakar ekonomi luar juga. Lain yang mereka jangkakan, lain pula yang berlaku.
Ini kerana ramai melihatkan tindakan Bank Negara Malaysia pada masa itu adalah langkah awal bagi mengekang kesan besar disebalik isu Brexit yang melihat Britain telah bertindak drastik keluar dari Kesatuan Eropah EU.
Dan semalam baru sahaja, BNM umumkan yang mana OPR Malaysia kekal. Walaubagaimanapun, pakar ekonomi menjangkakan OPR Malaysia akan turun sekali lagi pada mesyuarat dasar monetari pada November 2016 ini. Samada betul atau tidak, sama-sama kita nantikan.

Sejarah Bank Negara OPR Malaysia Dari 2010 Hingga 2016

TahunKadar Faedah Semalaman OPRStatus
Mac 20102.25Naik
Mei 20102.50Naik
Julai 20102.75Naik
Mei 20113.00Naik
Julai 20143.25Naik
Julai 20163.00Turun
September 20163.00Kekal
November 2016NantikanNantikan

Berita Semasa kongsikan alasan dan analisa yang mereka campakkan kepada anda semua punca kenapa dan sebab Bank negara OPR Malaysia turun dalam masa terdekat ini.
No.Nama Pakar EkonomiJawatanSyarikat/AgensiHuraiannya
1.Lim Su SianAhli EkonomiHSBC BankEkonomi Malaysia bergerak perlahan pada ketika ini; termasuk juga pertumbuhan pinjaman walaupun inflasi Malaysia masih lagi rendah. Katanya lagi melihatkan situasi sekarang; pemotongan tidak boleh dielakkan jikalau pada mesyuarat Julai 2016 tidak dilakukan
2.Dr Kamarudin Mohd NorKetua EkonomiMIDF Amanah Investment BankMelihatkan statistik data termasuk Pertumbuhan ekonomi yang serdahana; kadar pengangguran; perbelanjaan kerajaan Malaysia; jumlah simpanan atau deposit; nilai pelaburan yang mula menurun. Selain itu; nilai ringgit Malaysia yang lemah juga antara faktor. Tidak cukup dengan itu ekonomi dunia yang lemah beri kesan kepada Malaysia.
3.Datuk Dr Nazri KhanKetua Penyelidik RuncitAffin Hwang Investment BankTindakan umum Bank negara OPR Malaysia adalah bertujuan untuk rangsang kembali ekonomi Malaysia sepertimana mana dilakukan oleh bank pusat yang lain
5.Tamara hendersonPakar EkonomiBloombergBeliau jangka ekonomi Malaysia akan berada pada kadar 4 peratus sahaja tahun ini; paling lemah sejak tahun 2002. Dan; Malaysia satu-satunya negara dalam Asean yang mengalami penurunan dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku kedua tahun 2016 ini di mana ekonomi Singapore stabil; manakala ekonomi negara ASEAN lain semakin menguat

Pakar ekonomi dalam dan luar mengatakan tiada alasan lagi Bank Negara Malaysia BNM untuk menunggu terlalu lama bertindak, tetapi kuasa dasar monetari di tangan mereka sekarang.

Saturday, September 3, 2016

Kenaikan Gaji di KL dan Pulau Pinang Negatif “ZERO” dan “NEGATIF”. Punca?

Baru-baru ini Khazanah Research Institute yang telah dikepalai Mohamed Abdul Khalid telah mengeluarkan dan berkongsi kajian dan dapatannya mengenai kenaikan gaji di Malaysia.
Apa yang beliau katakan di sini, kenaikan gaji di Malaysia tidaklah “fantastik” seperti yang aman diharapkan ramai.
Tahun lepas kenaikan gaji di Malaysia bagi tahun 2015 secara puratanya adalah sekitar 6.5 peratus iaitu RM1600 berbanding RM1500 tahun 2014. Bermaksud berlaku kenaikan RM100 setiap bulan.
Dalam pada masa yang sama inflasi di Malaysia adalah sekitar 4 peratus Maknanya masih ada lebihan di situ walaupun menyakitkan. Tetapi…..
Tetapi….jikalau diperinci data kajian yang sedia ada oleh Khazanah Research Institute untuk negeri seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang kenaikan gaji di KL dan Pulau Pinang, 2 buah negaria boleh dikatakan “ZERO”. Ya…anda tidak tersalah baca. Mengapa? Nah…ini sebabnya :
  • Antara 2014 hingga 2015 separuh daripada pekerja pada 2 buah negeri ini didaftarkan dalam kajian KRI sebagai pertumbuhan dan kenaikan gaji di KL dan Pulau Pinang yang dianggap “ZERO” dan ada yang tergelincir ke paras “NEGATIF”.
  • Kenaikan kos pengangkutan, harga makanan naik, subsidi di malaysia satu demi satu dihapuskan termasuk subsidi tepung, beras, lonjakan harga rumah dan lain-lain lagi.
Jikalau pertumbuhan dan kenaikan gaji di KL dan Pulau Pinang adalah “ZERO”, apa yang mereka boleh belanjakan? Sedangkan enjin utama untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah terdorong faktor antaranya perbelanjaan swasta dan perbelanjaan awam. Bertambah teruk lagi apabila hutang isi rumah kita sudah mencecah paras hidung 89.1 peratus.
Jikalau sebelum ini kalangan yang tidak cukup wang, masih ada ruang berbelanja dengan berhutang dengan melakukan pinjaman peribadi, menggunakan kad kredit.
Sekarang, tahap pinjaman isi rumah di Malaysia sudah mencapai tahap sesak. Jadi apa lagi kelompok dan golongan ini boleh belanjakan?

Govt to study six-hour work day - Ali Hamsa

PORT DICKSON: The government will conduct a detailed study on the six-hour work day proposal with civil servants, Chief Secretary to the Government, Tan Sri Ali Hamsa said.

He said currently, several government agencies especially civil servants in Urban Transformatin Centres (UTC) have begun seven-hour work day.

"We will see, study first. Even now, we see in some UTC and certain agencies, a 14-hour shift is divided between two people, or seven hours per person," he said at a press conference today.

"So, it has already been practised. Now we have to study why do we need the six hours," he added.

He said there has also been proposals to allow certain scheme and grades to work from home.

The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) had urged the government should consider reducing daily work hours for employees to increase productivity and counter burn out.

Its secretary-general, N. Gopal Kishnan said the 48-hour work week allocated within the law is deemed to be 'too long' as compared to neighbouring countries.

MTUC opined longer working hours would negatively impact employees in the long run and eventually reduce productivity.

READ: Govt should consider reducing daily working hours

Sweden has shifted towards a six-hour working day in its bid to increase productivity and the move has since received positive outcome.
The experiment was done on a nursing home where the nurses working there has seen a 20 percent increase in happiness since the change was made.

It was reported that the likelihood of workers taking sick leave has been halved during the length of the experiment.

Friday, September 2, 2016

Defisit Fiskal Malaysia Tercapai Bagi Bajet? Dilema Kos Penjawat Awam VS Bahang Ekonomi?

Dengan dana yang terhad dek kerana ketidak tentuan ekonomi Malaysia, membuatkan kerajaan Malaysia “sakit kepala” bagi memastikan sasaran bajet fiskal yang ditetapkan sebelum ini tercapai.
Persoalannya apa yang lagi yang boleh dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk memastikan sasaran defisit fiskal yang mereka sendiri unjurkan tercapai? Bagaimana caranya? masih realistik atau tidak?
Melihatkan tahap keseriusan kerajaan dalam menangani rasuah, masih ditahap yang cukup lemah. Persepsi rakyat Malaysia terhadap usaha kerajaan Malaysia menghumban perasuah dan perompak duit negara Malaysia ke muka pengadilan masih lagi diragui, walaupun amaran dan laungan peringatan di sana dan sini. Tidak cukup.
Tetapi jikalau rasuah dan “rompakan terhadap dana negara” dapat ditangani dengan baik dan berintegriti, semestinya sasaran defisit fiskal tersebut akan tercapai.
Jadi pilihan seterusnya yang boleh digunakan mengetatkan perbelanjaan kerajaan Malaysia dengan harapan defisit fiskal dapat dicapai adalah dengan cara menguruskan dengan baik perbelanjaan terhadap kumpulan yang cukup besar yang dikenali penjawat awam dan kakitangan kerajaan Malaysia yang berjumlah 1.6 juta jumlahnya, terdiri dikalangan guru, polis, doktor dan lain-lain lagi. Hakikatnya :

Defisit Fiskal Tercapai Apabila Kos Perbelanjaan Untuk Penjawat Awam Berkurang?

  • 1.6 juta kakitangan awam tersebut adalah 11 peratus daripada jumlah pekerja di Malaysia
  • Kumpulan penjawat awam boleh dikatakan antara cukup selamat di Malaysia, walaupun bahang dan gelombang buang pekerja melanda sektor minyak dan gas, pembankan dan lain-lain
  • berdasarkan kajian BMI Research yang berpengkalan di Singapore, kalangan penjawat awam adalah kubu penting untuk mendapat sokongan politik kepada kerajaan Malaysia hari ini
Taburan Jumlah Penjawat Awam di MalaysiaBilangan
Askar/ tentera120k
polis110k
Perubatan300k
Pendidikan420k
Jabatan Perdana Menteri JPM50K
Lain600k

BilSaiz perbelanjaan penjawat awam dan pesara di Malaysia
1.RM70.5 bilion atau 25.5 peratus daripada dana Bajet 2016 Malaysia
2.10 tahun lalu kos perbelanjaan hanya RM36.9 bilion

Hakikatnya hari ini kerajaan Malaysia dalam dilema untuk mengekalkan mood gembira dikalangan 1.6 juta kakitangan awam dan dalam pada masa yang sama sedang “berperang untuk satu tempoh yang cukup bergelora” dalam keadaan ekonomi semasa hari ini.
Yang pastinya GST tidak akan turun sama sekali. Tetapi bakal naik. Bila? Nantikan sahaja. Tidak susah meramal tindakan pihak atas dalam menguruskan ekonomi negara Malaysia, pendapatan serta dan perbelanjaan.
Yang peliknya pada ketika bagaimana mungkin dana untuk pendidikan negara semakin berkurang, tetapi peruntukkan untuk Jabatan perdana Menteri JPM dinaikkan?
Jumlah kakitangan kerajaan di Malaysia adalah 2 kali ganda berbanding Indonesia, Thailand dan Filipina. Semasa perang dunia kedua, UK mempunyai sejumlah 1.2 penjawat awam, tetapi hari ini semakin berkurang kepada hanya 393,000 orang sahaja untuk berkhidmat kepada 64 juta rakyat UK. Malaysia?

Thursday, September 1, 2016

Hartanah Malaysia Terus Lembap. RM9.4 bilion Tidak Terjual. Majoritinya RM500 Ribu ke Atas

Skrip dan ceritanya boleh dikatakan 60-70 peratus hampir sama dengan krisis subprima di Amerika Syarikat.
Kalangan kapitalis menawarkan kemudahan dan bantuan supaya membolehkan kalangan rakyat Malaysia yang “tidak berapa mampu” beli rumah sendiri pada harga apa yang diletakkan oleh pemaju, menjadi milik mereka akhirnya.
“Terima kasih” kepada bantuan seperti di bawah ini kepada kalangan pelabur hartanah Malaysia. Antaranya:
  1. Developer Interest Bearing Scheme DIBS telah beri talian hayat sementara untuk tidak bayar “progress interest”
  2. Tiada sekatan bilangan unit untuk Pinjaman perumahan bagi mendapatkan kelulusan 90 peratus hingga 100 peratus
  3. Orang asing boleh sesuka hati beli rumah mampu milik sehingga RM 1 juta
  4. Pengumuman Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan paras harga mampu milik dari RM250,000 kepada RM400,000 sehingga menjadi harga tersebut perkara biasa hari ini
Itu semua lauk pauk yang digodak bersama menjadikan ia satu resipi menjadikan majoriti harga rumah di Malaysia tidak mampu milik. Walaupun sedikit terlambat, tindakan drastik oleh Bank Negara Malaysia BNM mengelakkan ia menjadi bertambah buruk.
Hari ini kita sudah boleh melihat sendiri pasaran hartanah malaysia sudah mula kelihatan memihak kepada rakyat Malaysia berbanding kepada kalangan pemain dan pemaju hartanah antara tahun 2009 hingg 2013.
Buktinya, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta JPPH aka NAPIC telah mengeluarkan statistik terkini mengenai pasaran hartanah Malaysia :
BilPerkara
1.Bilangan unit hartanah Malaysia tidak terjual naik kepada 16 peratus
2.18908 daripada 81894 unit hartanah berupa unit rumah dan komersial untuk suku pertama tahun 2016 ini tidak mampu terjual lagi
3.Nilainya adalah bersamaan RM9.4 bilion
4.Daripada jumlah tersebut 11542 rumah adalah ber ada lingkungan harga antara RM500 ribu sehingga RM1 juta

Sentimen dikalangan pelabur dan pembeli untuk pasaran hartanah di Malaysia boleh dikatakan lemah pada ketika ini. Tetapi biasalah pelabur tidak akan sama sekali mengatakan begitu bagi mengekalkan sentimen dan momentum yang ada. Ditambah dengan lambakan yang menganggur dan kena buang kerja memburukkan lagi keadaan.

Nah, cara bagaimana mereka mahu jual unit hartanah yang tidak terjual ini, mudah cara. Dengar dan ikut kehendak permintaan rakyat marhaen. Mereka mahukan lebih banyak rumah mampu milik.